
Aug 24, 2021
KEJAP KEJAP KEJAP❗ CUBA TENGOK 4 GAMBAR BAWAH NI KEJAP👇🏻
Agak agak macam mana pomen kita selesaikan masalah customer ni?
Tayar botak? Alignment lari? Chamber tak betul? Agak agak mana satu punca sebenar dia😱
Jawapannya....
Lower arm patah tu yang punca aiyooo
Ada lagi ke yang tak tahu fungsi lower arm? Saya share sikit la ea
Fungsi utama lower arm :
-Menyambung bahagian knuckle, iaitu merupakan komponen tempat dimana roda (ban dan velg) dipasang berikut dengan hub dan komponen rem.
- Mengawal pergerakan roda bergerak ke atas dan ke bawah serta maju dan mundur akibat efek gerak dari pengemudian akan dibatasi gerakannya oleh lower arm ini.
-Memastikan kedua roda depan atau belakang dapat membelok dengan kadar sama.
Apa tanda tanda lower arm rosak?
Ni tanda tandanya...
1. Semasa kenderaan bergerak keluar akan berbunyi, terutama pada bahagian tayar hadapan.
2. Stereng tidak balanced di jalan yang lurus, kenderaan secara sendiri akan lari ke kanan atau ke kiri tanpa digerakkan stereng.
3. Apabila kenderaan melalu jalan yang tidak rata akan mengeluarkan bunyi pada bahagian tayar hadapan.
4. Semasa menekan pedal minyak untuk pick-up atau memecut selepas lampu isyarat hijau, kenderaan terasa tertarik sebelah.
5. Selepas membuat alignment, stereng masih tidak balanced terutama di jalan yang lurus. Ini juga adalah salah satu tanda lower arm rosak atau bermasalah.
6. Semasa bonet hadapan dihenjut turunnaik, keluar bunyi sekitar bawah kenderaan terutama bahagian tayar hadapan.
7. Semasa membelok ke kanan tiba-tiba stereng tertarik ke kiri dengan sendiri. Semasa membelok ke kiri tibak-tiba stereng tertarik ke kanan dengan sendiri juga.
8. Kadar kehausan tayar tidak sekata dan seragam atau dalam erti kata lain, tayar makan sebelah.
TOLONG ALERT SEBAB INI ANTARA MASALAH YANG PALING KERAP KAMI ATASI, KESELAMAN ANDA ADALAH KEUTAMAAN KAMI.
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TEKAN LINK DI BAWAH👇🏻
Admin Pasir Gudang
https://wa.me/c/601111927351