• HOME
  • PROGRAM BINA KERJAYA

PROGRAM BINA KERJAYA

AZ MOTORSPORT

PROGRAM BINA KERJAYA

Program Bina Kerjaya Bersama AZ MOTORSPORT merupakan hasil kerjasama syarikat bersama Perbadanan Nasional Berhad, PERNAS. Kerjasama ini memberikan peluang kepada syarikat untuk membuka francais Automotif di bawah penjenamaan AZ MOTORSPORT. Ianya adalah perancangan syarikat untuk memberi peluang kepada pekerja yang telah berkhidmat 6 Tahun++ dan telah membuktikan potensi yang cemerlang untuk mengendalikan perniagaan sendiri melalui program francais ini.

Panduan berniaga, bantuan pengendalian perniagaan serta keperluan memulakan perniagaan akan disediakan oleh syarikat dan calon akan mendapat didikan melalui kursus yang telah disediakan oleh agensi berdaftar seperti Kursus “BYOB” (Be Your Own Boss) oleh Perbadanan Nasional Berhad, PERNAS dan Program “JUMPER” oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, PUNB.

AZ Permas Tyre & Rim Sdn. Bhd. menjalankan program francais ini selari dengan visi syarikat iaitu Melahirkan pekerja automotif yang memenuhi kehendak pasaran dan usahawan automotif yang berdaya saing secara sihat serta kondusif.

Kini, terdapat beberapa cawangan yang telah ditawarkan licensee dan menjadi francaisi kepada AZ PERMAS TYRE & RIM SDN BHD, iaitu En. Muhammad Amirul bagi syarikat AZ & AM BERSAMA SDN BHD (Licensee Pertama), En. Mohd Nurulhashim bagi syarikat AZ MOTORSPORT DISTRIBUTOR SDN BHD (Francaisi Pertama) dan Cik Siti Mariatul Hazwa bagi syarikat AZ & HOOD SDN BHD (Francaisi Kedua).

Lokasi cawangan syarikat adalah di Skudai yang telah beroperasi sejak tahun 2019, Lokasi di Bandar Dato’ Onn yang telah mula beroperasi pada hujung tahun 2022. Lokasi seterusnya, di Kulai telah mula beroperasi pada oktober 2023.

Terdapat lagi beberapa lokasi dalam perancangan syarikat yang akan menjadi cawangan francais iaitu di Bandar Bukit Raja, Klang yang bakal menjadi francaisi ke-3. Diikuti, lokasi di Gelang Patah, Johor yang bakal menjadi Francaisi ke-4 & di Bukit Alif, Johor Bharu Francaisi ke-5 yang dijangka beroperasi pada Jun 2024.

AZ MOTORSPORT

MILIKI PERNIAGAAN SENDIRI

MULA KERJA
KURSUS & LATIHAN (PUNB/SLDN)
Mula bekerja di cawangan AZ Motorsport Wheel & Tires, pekerja/pelajar akan dibantu syarikat untuk mendapatkan/menaik taraf Sijil Kemahiran Malaysia SKM
SKM 1 @ 2
NAIK TARAF SIJIL SKM DALAM MASA 1-2 TAHUN
Fasa naik taraf Sijil Kemahiran Malaysia 1 -> Sijil Kemahiran Malaysia 2
SKM 3 @ 4
NAIK TARAF SIJIL SKM DALAM MASA 1-2 TAHUN
Fasa naik taraf Sijil Kemahiran Malaysia 3 -> Sijil Kemahiran Malaysia 4
PENYELIA CAWANGAN
MENGURUSKAN CAWANGAN BARU
Pekerja yang telah selesai menaiktaraf Sijil Kemahiran Malaysia akan diberikan peluang untuk menyelia dan menguruskan cawangan baharu/ sedia ada.
PRESTASI CEMERLANG
MENCAPAI KRITERIA KEWANGAN
Pekerja yang diberi tanggungjawab untuk bagi mencapai kriteria prestasi cawangan yang ditetapkan.
BUKA FRANCAIS
MENJADI PEMILIK BERSAMA
Berpeluang untuk menguruskan cawangan dan membuka cawangan francais AZ Motorsport Wheel & Tires sendiri dengan bantuan modal dari HQ dan Pernas

KELEBIHAN BINA KERJAYA BERSAMA AZ MOTORSPORT

PLATFORM BEKERJAYA DALAM INDUSTRI AUTOMOTIF
PANDUAN DAN LATIHAN KOMPREHENSIF DARI PELATIH BERPENGALAMAN
MENINGKATKAN KOMPETENSI INDIVIDU DENGAN PROGRAM PERSIJILAN HASIL KERJASAMA BERSAMA JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK)
BERPELUANG MEMBUKA FRANCAIS SENDIRI BERNILAI RM500,000.00 HASIL KERJASAMA BERSAMA PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PERNAS)

JOM BINA KERJAYA & MILIKI PERNIAGAAN SENDIRI BERSAMA AZ MOTORSPORT